Heerraa raih dua trofi ICMA 2022 di Los Angeles

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Artis kelahiran Malaysia, Heerraa, 23, mengharumkan nama negara apabila meraih trofi ICon Award di InterContinental Music Awards Competition (ICMA) 2022 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), Ahad lalu.

Ini adalah kemenangan berganda buat Heerraa apabila lagunya yang berjudul Feel Alive turut memenangi kategori Pop untuk Best Of North America.

Kemenangan itu melayakkan pelajar Universiti Harvard itu membawa pulang hadiah wang tunai bernilai kira-kira RM4,453 (USD1,000) serta sijil ICMA yang ditandatangani dan diiktiraf InterContinental Music Awards Organization serta bimbingan peribadi bersama panel juri.

Anugerah ICMA ICon Award yang diterima Heerraa itu juga melayakkannya diiktiraf sebagai artis antarabangsa oleh panel juri Hollywood.

Heerraa menyifatkan kejayaannya sebagai penghormatan besar buat dirinya.

“Saya sangat terharu dan tidak menyangka sama semua ini akan berlaku kepada saya.

“Saya bersyukur dengan peluang ini. Semua ini menjadi kenyataan disebabkan peminat dan pasukan yang sentiasa menyokong misi saya untuk mengubah dunia melalui muzik dari hari pertama saya ceburi bidang ini.

“Terima kasih kerana percayakan saya dan lagu saya yang mampu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain.

“Saya tidak sabar untuk menerbitkan lebih banyak lagi lagu yang dapat mengubah kehidupan anda semua,” katanya yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang seni liberal di Universiti Harvard.

 

Heerraa meraih trofi ICon Award di InterContinental Music Awards Competition 2022 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), Ahad lalu. - Foto IG Heerraa
Heerraa meraih trofi ICon Award di InterContinental Music Awards Competition 2022 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), Ahad lalu. – Foto IG Heerraa

 

Heerraa memberi dedikasi kemenangan itu kepada ET Ideas iaitu program inkubator yang disertai ketika berusia 14 tahun. Inisiatif itu membantu merealisasikan impian gadis ini untuk menjadi penyanyi dan penulis lagu bertaraf antarabangsa.

Lagu dendangan dan ciptaan Heerraa mula menjengah radio antarabangsa dan platform digital selepas dia memenangi Gold Award for Best Female Single of the Year (International) pada International Singer-Songwriters Association (ISSA) Awards di Atlanta, Georgia, pada musim panas lalu.

Heerraa yang juga penasihat serta pengasas bersama gerakan remaja antarabangsa, Ascendace menulis lagu untuk memberi inspirasi dan mengubah dunia melalui lagu.

Untuk tahun ini sahaja, Heerraa sudah meluncurkan enam buah lagu yang boleh didengarkan di semua platform penstriman.

ICMA yang meraikan ulang tahunnya yang ke-10, mengumumkan pemenangnya menerusi acara secara atas talian.

Anugerah itu menilai penyertaan muzik daripada perspektif global serta membabitkan juri berkaliber termasuk penerbit

terkemuka yang pernah menerbitkan lagu bintang terkenal seperti Selena Gomez, Westlife, Celine Dion serta ramai lagi.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat